AL JABBAR HEALTHCARE

MESIN TERAPI ELEKTROSTAIK....

Friday, February 22, 2008

Wasiat Imam Syafie

v Ilmu itu datang dalam keheningan
Hikmah tidak dapat dicapai oleh orang yang selama hidupnya sibuk dengan urusan keluarga. Ilmu tidak diperolehi kecuali oleh orang yang hidupnya tenang, tidak mempunyai beban sesuatu pun. Luqman al-hakim diberi keutamaan oleh Allah kerana beliau telah diuji hidupnya dengan kemiskinan di tengah keluarga yang hartanya melimpah.
v Ilmu berada di dalam dada
Ilmuku sentiasa bersamaku. Ia sangat bermanfaat bagiku bila ku amalkan. Hatiku adalah bejana penampang ilmu dan bukan perut yang menampungnya. Ketika aku berada di rumah, ilmuku tinggal di sana dan ketika aku ke pasar, ilmuku selalu mengikutiku ke mana ku pergi.
v Sinar ilmu memancar ketika maksiat ditinggalkan
Aku pernah bercerita kepada Waqi’ (guru Imam Syafie) tentang kesulitan menghafal. Beliau tunjuki aku agar menghindarkan maksiat. Beliau juga mengatakan kepadaku bahawa ilmu itu cahaya. Cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.